<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3974117245351712235?origin\x3dhttps://aromaminda.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Friday, September 23, 2011

Sekotak Cokelat, Pelbagai Rasa

Setiap kali saya terlihat cokelat, saya akan teringat satu perkara. Saya akan selalu teringat tentang satu petikan daripada filem Forrest Gump yang berbunyi, “Kehidupan adalah seperti sekotak cokelat. Anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat.” Maksudnya di sini, cokelat yang kita dapat atau beli itu tidak semestinya manis semata-mata, tetapi ia kadangkala berasa sedikit pahit.

Ini samalah seperti kehidupan manusia itu sendiri yang ada waktu manis dan pahitnya. Jadi, filem ini selalu memberikan saya semangat dan inspirasi setiap kali saya rasa seperti sedikit hilang arah. Metaforanya yang menggunakan cokelat itu sangat melekat di dalam kepala saya.

Dalam kehidupan, ada satu-satu masa manusia pasti rasa mahu lari daripada kekalutan yang terjadi. Tetapi, dalam masa yang sama manusia berlari, dia juga pasti akan berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalahnya. Lagipun, berlari tanpa henti adalah sangat memenatkan dan manusia pula bukanlah robot, lantas perlu berhenti seketika untuk mengorak langkah seterusnya.

Oleh itu, kita perlu ingat bahawa cokelat adalah lebih sedap apabila ia mempunyai kedua-dua rasa manis dan pahit. Ini samalah juga dengan kehidupan yang saya pasti, tidak ada seorang pun manusia di dunia yang sentiasa senang tanpa masalah. Cuma, beza masalah di antara setiap individu adalah berapa besar darjahnya sahaja.

Jadi pada akhirnya, setiap kali saya makan cokelat, saya akan tersenyum seorang diri kerana teringatkan babak-babak dalam filem tersebut. Apabila tiba saat manisnya, saya akan tergelak dan sebaliknya ketika tiba saat sedih, saya turut berasa sebak. Dan sememangnya, kehidupan manusia adalah begitu.

SEKIAN
11:54 AM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.