<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3974117245351712235?origin\x3dhttps://aromaminda.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Saturday, October 1, 2011

Papadom

Dalam banyak-banyak filem Melayu yang bertemakan masakan atau makanan, saya paling suka Papadom. Filem ini dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Noorkhiriah, Vanidah Imran dan Farid Kamil. Seperti tajuknya, intisarinya bermula dengan papadom juga.

Saya selalu berharap lebih ramai pengarah filem Melayu mengambil inspirasi daripada Timur, sesuai dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita yang keempat. Ini kerana nilai-nilai murni mereka lebih banyak dan sangat sesuai dengan budaya kita, tidak seperti kebanyakan filem dari Barat. Dalam hal ini, filem Papadom mempunyai persamaan (atau mungkin mengambil inspirasi) dengan sebuah drama Jepun yang berjudul Papa to Musume no Nanokakan, atau Seven Days of a Daddy and a Daughter.

Namun seperti biasa, apa yang menariknya filem ini bukan sahaja terletak pada plot ceritanya, tetapi juga bahan utama yang berkisarkan tentang papadom itu sendiri. Saya sebenarnya rasa sangat bertuah apabila dilahirkan sebagai orang Malaysia. Ini kerana kita boleh merasai pelbagai jenis masakan daripada pelbagai bangsa yang termasuk di sini adalah papadom.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya adalah seorang yang boleh dikatakan kuat makan. Jadi, apabila saya menonton sesebuah filem yang mempunyai babak menjamu selera, secara automatiknya saya akan berasa lapar walaupun saya sudah makan beberapa minit yang lalu. Lalu, sejurus sahaja selesai menonton filem ini, saya terus mencari restoran yang menyediakan papadom.

Akan tetapi, agak malang bagi saya kerana sekitar Bangi ini, adalah sukar atau mungkin tiada restoran yang menyediakan menu papadom. Paling hampir dengan papadom pun adalah keropok yang dimakan bersama-sama nasi beriani di mana ia boleh didapati di Seksyen 15, Bangi. Jadi sehingga sekarang, saya masih lagi mengidam untuk merasai kelazatan papadom seperti yang terpapar dalam filem tersebut.

Justeru, pada akhirnya saya hanya harus terus mencari restoran yang menyediakan menu tersebut. Jika difikirkan semula, adalah terasa seperti rancangan televisyen yang berkenaan mencari makanan-makanan lazat di seluruh Malaysia. Apa anda tahu restoran sebegitu?

SEKIAN
12:50 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.