<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3974117245351712235\x26blogName\x3dAroma+Minda\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aromaminda.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aromaminda.blogspot.com/\x26vt\x3d7793086617906525715', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Wednesday, October 5, 2011

Etiket Makan

Gambar oleh: Decorative Packaging

Saya tahu bahawa dalam setiap perkara yang kita lakukan, ada adab yang perlu diikuti. Dalam hal menjamu selera, persoalan adab juga tidak terlepas daripada perbincangan. Disebabkan itu, ada satu istilah khusus dicipta iaitu etiket makan.

Saya percaya bahawa setiap bangsa mempunyai etiket makannya yang tersendiri, dan ini termasuk jugalah bangsa Melayu. Orang Melayu terkenal dengan etiket makan yang menggunakan tangan kanan dan duduk bersila atau bersimpuh bagi perempuan. Masyarakat Cina, Korea dan Jepun pula sangat terkenal dengan penyepit makanan mereka.

Namun begitu, saya agak kesal dengan sikap segelintir orang yang memandang rendah atau hina dengan etiket makan bangsa sendiri, terutamanya Melayu. Pernah suatu ketika dahulu, saya bersama rakan-rakan makan di restoran segera Barat iaitu Pizza Hut, dan duduk di sebelah kami pula adalah sepasang suami isteri Melayu, yang daripada gaya mereka berpakaian barangkali adalah golongan korporat. Apa yang saya perhatikan, suami isteri tersebut memandang kami dengan wajah yang pelik kerana melihat kami makan dengan menggunakan tangan.

Saya tahu bahawa etiket makan itu penting, tetapi dalam konteks masyarakat Malaysia, kita perlu mengikut keadaan. Jika kita makan bersama orang-orang kenamaan, atau diplomat-diplomat asing, maka wajar juga jika kita menggunakan etiket makan Barat. Namun begitu, saya tidak rasa saya perlu mengikut etiket makan Barat di restoran makanan segera yang terang-terang dikelilingi oleh persekitaran masyarakat Malaysia.

Lagipun, saya selalu merasakan bahawa etiket makan Barat itu bukannya betul. Ini kerana mereka menyuap makanan dengan menggunakan tangan kiri, sementara tangan kanan memegang pisau pemotong. Jadi, jika suami isteri itu mahu memandang hina etiket makan kami, maka mereka yang sememangnya beragama Islam tersebut secara tidak langsung telah menghina etiket makan Nabi Muhammad sendiri yang makan dengan menggunakan tangan kanan.

Kesimpulannya, kita tidak wajar mempersoalkan etiket makan sesebuah bangsa itu. Bagi saya, etiket makan masyarakat Melayu sudah cukup sopan dan cantik, di samping mengikut sunah Nabi Muhammad. Jadi apa yang perlu dibangga-banggakan sangat dengan etiket makan Barat itu, bukan?

SEKIAN
2:48 PM
2 KATA HATI
[ 2 ] PENDAPAT

Blogger Mawar berpendapat bahawa:

Sdr Khairul Anuar
teruskan menulis.
ada pemikiran yang boleh diolah menjadi karya yang menarik!

October 10, 2011 at 5:05 PM

 

Blogger Mohd K. Anuar berpendapat bahawa:

Terima kasih dr.
Saya akan cuba sebaik mungkin, cuma cerpen masih lagi dalam proses ubah suai.

October 10, 2011 at 7:15 PM

 

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.