<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/3974117245351712235?origin\x3dhttp://aromaminda.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
 
 
Tuesday, October 4, 2011

Manifestasi Mamak

Gambar oleh: Kartunis Lat

Menurut anda, restoran apakah yang dapat menarik ramai pelanggan di Malaysia? Bagi saya, ia tidak lain dan tidak bukan, adalah restoran mamak. Ini kerana anda boleh melihat pelbagai bangsa duduk menjamu selera di sini.

Jadi, apa kurangnya restoran Melayu dan apa kelebihan restoran mamak? Apa yang boleh saya rumuskan di sini, perkara pertama yang paling dilihat adalah servis atau perkhidmatan. Secara relatifnya, servis di kebanyakan restoran mamak adalah sangat cepat berbanding restoran Melayu.

Secara logiknyalah, kebanyakan orang yang bertandang ke restoran sudah tentu mahu menjamu selera. Cuba bayangkan kalau servis di sesebuah restoran itu terlalu perlahan, sudah pasti pelanggan akan merungut dan tidak akan lagi datang ke situ. Melainkan jika anda adalah pelanggan tetap, maka persoalan servis lambat ini mungkin tidak menjadi masalah.

Selain itu, kebanyakan restoran mamak menyediakan skrin besar untuk menonton siaran sukan atau filem. Dengan itu, para pelanggan tidak perlu bersesak-sesak dan berasa tidak selesa. Tambahan pula, kemeriahan sesuatu acara sukan seperti kejohanan bola sepak di kaca televisyen dapat dirasai bersama-sama.

Bagi saya, jika mahu bercerita soal makanan, saya lebih gemar makan di restoran Melayu yang lebih banyak pilihan makanan. Namun, jika saya mahukan sesuatu makanan yang ringkas (misalnya roti canai dan rojak) dan disediakan dengan pantas, maka saya akan memilih restoran mamak. Bagaimana pula anda?

SEKIAN
2:18 PM
0 KATA HATI
[ 0 ] PENDAPAT

Post a Comment

1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.