Terdapat sebuah restoran di Bangi ini yang saya sangat suka kerana menunya, iaitu Kedai Kopi Kawan. Di sini, anda boleh merasai kelazatan dim sum dan kacang pool yang sukar didapati di restoran-restoran sekitar Bangi. Apa yang bagusnya, ia sememangnya halal. Bagi yang tidak tahu, kacang pool ini adalah masakan Johor yang berasal dari Timur Tengah. Masakan ini mempunyai kepelbagaiannya mengikut cita rasa masing-masing. Di restoran tersebut pula, intisarinya lebih kepada daging yang dicampurkan dengan kacang sepat beserta ramuan-ramuan lain. Setelah siap dimasak, kacang pool ini tidak lengkap tanpa telur mata lembu dan roti Arab. Bagi saya, masakan ini boleh menjadi pembuka selera atau dimakan setelah menjamu selera dengan makanan berat. Jika anda mahu menikmatinya semaksimum mungkin, anda boleh mencari waktu-waktu yang sesuai. Saya pula sangat suka jika dapat menjamunya sama ada pada waktu pagi, petang ataupun malam, terutamanya ketika cuaca sejuk. Setiap makanan jika dinikmati pada waktu-waktu tertentu boleh mendatangkan sesuatu yang boleh saya katakan di sini sebagai sentimental. Sedang kita dibelenggu masalah, tetapi apabila dapat menikmati makanan yang enak adalah suatu nikmat, sebenarnya. Jika bertuah, mungkin sewaktu menikmati makanan yang enak tersebut, ilham boleh datang dengan banyaknya. Pada akhirnya, kita makan sesuatu jenis makanan itu pasti ada sebabnya. Cuba anda fikir semula, disebabkan apakah anda mahu makan mi rebus, rendang atau laksa pada waktu-waktu tertentu? Saya pasti anda ada jawapannya. |
Post a Comment
1. Sebarang kenyataan biadab adalah dilarang.
2. Sebarang bentuk spams akan dipadam serta-merta.
3. Jadilah manusia yang berakal dan berhemah.